MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Pekan Frinjan 15: Toleransi & Respek


Time   
Saturday, November 6 · 5:00pm - 11:30pm

Location
Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam (sebelah Plaza Alam Sentral)



Pekan Frinjan kembali lagi dengan edisi nombor15 bertemakan "Toleransi & Respek" sempena Hari Toleransi Antarabangsa yang disambut 16 November setiap tahun.

The International Day for Tolerance is an annual observance declared by UNESCO in 1995 to generate public awareness of the dangers of intolerance. It is observed on 16 November.

Atas semangat tema, edisi ke 15 akan memutarkan filem dokumentari berjudul "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" yang merupakan salah satu pemenang di dalam Festival Filem Kebebasan 2010

For more info----> FreedomFilmFest

Tidak lupa PF15 akan mempersembahkan Pelancaran WiFi@ Selangor oleh YB Puan Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor”


Seperti biasa ada muzik, puisi dan bentuk persembahan lain,

Acid Hadi
Rina S
Andenn Hassan and The Dr. Samsi's Experiment
Imran Yusoff & Geng
Adam Kasturi
Adnan Qiyas
The Qum Actors

Jadual Pekan Frinjan 15,

8.30 malam   - Tayangan filem "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah"
9.00 malam   - Pelancaran Selangor Wi-Fi
9.30 malam   - Adnan Qiyas
9.40 malam   - HICK
10.00 malam - Andi A. Merican
10.15 malam - Goodbye 20th Century
10.35 malam - The Qum Actors
10.45 malam - Acid Hadi
11.05 malam - Andenn Hassan and The Dr. Samsi's Experiment
11.15 malam - Adam Kasturi
11.30 malam - Khairul S Music

Tentang Selangor WiFi

Projek yang dinamakan Wireless Fidelity (WiFi) itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jaring Communication Sdn Bhd.

Pengguna yang berkunjung di dalam kawasan liputan WiFi boleh mengakses rangkaian dan perkhidmatan internet secara percuma dengan menggunakan komputer peribadi, PDA dan telefon bimbit.

Antara kawasan liputan ialah persekitaran bangunan MBSA, Bangunan Darul Ehsan, Dataran Shah Alam, Alam Sentral, Bangunan MRCB, Plaza Perangsang, SACC Mall, Kompleks PKNS dan Taman Tasik.

Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Benjamin
013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri

atau emel ke frinjan@gmail.com

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA.

Source: Tourism Selangor

p/s: Den tak dapek datang. Tongah cuti panjang kek kampung. Jumpo laie kek tompek lain yo.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails