MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

The Awesomeness of my Abah

Abah gua bukan peminat The Times, harap maklum.

-Pergi sekolah naik sampan. Ada satu hari sampan terbalik. Mujur abah gua tak kurang hebatnya dengan Ian Thorpe. Beliau berenang ke tebing dan terus ke sekolah macam biasa dengan baju yang lencun.

-Pak Cik gua (adik abah gua) pernah kena tahan lokap sebab kes curi beskal kat kampung. Uncle-uncle Polis suruh abah gua jamin dia. Actually  abah boleh je slow talk dengan uncle-uncle tersebut since diorang memang kamcing untuk release adik dia. Guess what, malam tu abah gua datang bawak ubat nyamuk dan lilin je bagi kat adik dia then terus cungkit balik.

"Yabedabedu, bro aku datang nak jamin aku"
"Wak lu, abang datang bawak stok ubat nyamuk ngan lilin je"
"Wat the...??"
"Wat the your head, sapa suruh rembat beskal orang"

Esoknya baru pakcik gua dapat keluar.

Itu kronologi-kronologi sebelum gua lahir. Cekidout kronologi-kronologi masa gua kecik-kecik dan besar-besar till now.

-Bila weekend je mesti abah gua ajak beriadah. Joging itu normal. Main bola dengan abah di hujung minggu sudah menjadi rutin. No wonder gua gila bola. Belum belajar main beskal dah terer ambik free kick.

-Motor legend beliau, Honda C70 pernah kena rembat masa menetap di Shah Alam (lupa aku kat mana tapi kawasan rumah flat). Abah nak pergi kerja. Eh, mana motor gua? Chill. Terus je pergi kerja naik bas mini (dulu kebanyakan bas mini kaler pink. Aku tak faham kenapa pink). Dah sampai tempat kerja baru abah roger mak pasal moto dia kena rembat. Cool sungguh.

Abah and arwah Opah. My bro and me. Gua nangis sebab ada semut api kat kaki gua.

-Jangan terkejut. Gua bukan bukan pembeli-tegar-buku-Mutiara-Naga sebenarnya. Time tu gua tengah main wrestling dengan abang gua and time tu abah gua baru balik dari kerja. Itu hari bersejarah. Abah belikan Mutiara Naga untuk aku. Starting on that moment, habis duit tabung gua kerjakan untuk beli Mutiara Naga dari vol 1 sampai 43.

-Spek mata abah pernah hilang kat Sungai Perak sebab selamatkan aku yang terkapai-kapai di tengah sungai. Gua tengok kawan gua selamba je diving head first ke sungai, gua pon follow. Rupanya gua silap, gua masih amatur. Lucky me, my father was there to save me. Sebenarnya tu kali ke-tiga abah gua selamatkan gua dari lemas di sungai yang sama.

-Solat..solat and solat. Abah taught us to pray 5 times daily, no excuses! I still remember, the first thing I learned from abah regarding solat was Doa Iftitah (besides Al-Fatihah and other ayat lazim). Antara kami adik-beradik, gua lah yang paling lembap nak hafal Doa Iftitah. There was one day Abah asked me to follow him during Magrib prayer. Macam praktikal lah.

"Abah..takde ruang lah nak follow, next time lah" (bilik tu memang kecik sikit)
"Shut your mouth and follow my lead"

So gua follow lah segala rukun-rukun solat (rukuk, sujud, etc) atas KATIL because there is no more space in that room.

-Gua tak dapat pergi kelas agama because of one main reason. Gua suka main and as for that, abah gua yang ajar mengaji. Right after maghrib abah will sit in his room waiting for us (ikut turn, biasa kalau nak tengok TV cepat leh volunteer gi mengaji dulu). Berbekalkan Muqaddam, rehal yang sungguh klasik dan rotan panjangnya dalam sehasta, Abah started his lesson on mengaji Al-Quran and Muqaddam. Macam biasalah, gua paling lama sebab gagap.


-Abah gua seorang Chargeman. He works for Yayasan Negeri Sembilan as an Electrical Chargeman. It means he takes care of the maintanence of a building (air-cond, wiring, lif, lights etc). One day Chegu Kemahiran Hidup suruh gua buat kerja kayu include sekali dengan papan litar. Gua tak faham penggunaan kapasitor, transformer, perintang dan sewaktu dengannya. Gua give up. Gua refer kat abah gua. The next day that papan litar was on the table. Dah siap. Complete siap dengan pateri sekali. Gua tayang kat Chegu dan beliau terus puji "Wow, awak ni macam juruletrik gred A lah"

-Abah taught us to be independent. As independent as possible. He taught me to go to school using bicycle (first day to school by bus, abah followed me using his car until I arrived safely then he went off to his workplace). He taught me to go to any places by bus (masa gua darjah empat, gua pernah gi hospital ambik ubat lelah sorang-sorang menaiki bas awam), he taught me to buy thing using my own money;

"Abah, member angah dah ada lesen"
"Lesen apa?"
"Lesen motor, macam best je gi sekolah bawak motor"
"Ok, berenti sekolah. Gi kerja, dapat gaji gi lah ambik lesen. Kalau ada duit lebih ambik lesen kapal terbang sekali"

Take that KeCiK, on your face!

I have tones of memories with my Abah. Wish I could transfer those memories here. Next time lah.

Rasulullah Saw pernah berkata kepada seseorang, "Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu." (Asy-Syafi'i dan Abu Dawud)

p/s: How awesome is/was your dad? Share it with me peeps!

9 tukang kipas:

  eqacashperlala

September 27, 2010 at 11:38 PM

abah awak hebat!

  KeCiK

September 27, 2010 at 11:45 PM

thanks! so does other abahs in this world. haha..

  anyss

September 28, 2010 at 1:11 AM

Salam,
Fuyoooooo ensemnya abah tu ;)

  KeCiK

September 28, 2010 at 1:19 AM

haha..btol la kata org. like father like son. hahahah..

  Fina Sophie

September 28, 2010 at 12:17 PM

mesti rapat ngan abah kan? :)

  nizam omar

September 28, 2010 at 4:22 PM

singgah berpaut kenangan 100penulis..

  KeCiK

September 28, 2010 at 5:16 PM

sophie: haha..sort of, more or less.

zam: yeah,salam singgah jgk.

  humbleyat

December 19, 2010 at 1:29 AM

beznya ada superhero cam abah kecik:-)


bals budi selagi ada nadi dari meyesal di kemudian hari yerk:-)

  KeCiK

December 19, 2010 at 4:14 AM

Baru tadi habis bercangkul kat belakang umah dengan abah. So ada la sikit sumbangan picisan yang tak seberapa. I'll work hard on that, membalas budi. InsyaAllah.

:)

Related Posts with Thumbnails