Bagi memperingati perjuangan rakyat menuntut demokrasi dari penjajahan kolonial, ingin aku cadangkan supaya tarikh 20 Oktober dijadikan sebagai hari perayaan kebangsaan dan cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut "HARI HARTAL" - Hari Perjuangan Demokrasi Rakyat.
Kalau kamu menyokong cadangan ini, pada 20.10.2010, sempena ulangtahun ke-63 aksi Hartal Se-Malaya, sila letakkan imej di atas sebagai gambar profil FB kamu, berserta dengan link video dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka (http://www.vimeo.com/344899) di atas dinding FB kamu bagi menerangkan sejarah di sebalik Hari Hartal.
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Kamu juga dijemput untuk kemukakan cadangan-cadangan bagaimana cara untuk kita menyambut dan merayakan Hari Hartal kelak.
Kempen ini akan terus berjalan sehingga Hari Hartal diiktiraf sebagai hari perayaan kebangsaan di Malaysia.
Terima kasih dan Selamat Hari Hartal!
Kartun politik dalam gambar ni diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1 Nov 1947, sepuluh hari selepas Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang Harun Aminurrashid, seorang sasterawan negara. Kartun Hartal ni dilukis oleh Nas Achnas, seorang pengarah filem era '50an, antara yang terawal sebelum P. Ramlee mula mengarah filem!
This entire post was actually taken from Fahmi Reza. Feels like sharing it with you guys.
HARTAL HISTORY ARCHIVE ialah satu projek berterusan untuk mengarkibkan dokumen2 sejarah berkenaan dengan Hari Hartal 20.10.47 dalam bentuk digital sebagai sumber rujukan mahasiswa, penyelidik, sejarawan, penggemar sejarah dan generasi akan datang yang nak mengkaji sejarah Hari Hartal dengan lebih mendalam.
Moga satu hari nanti Hari Hartal akan diiktiraf sebagai sebahagian dari episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan dan perjuangan demokrasi rakyat negara ni.
Moga satu hari nanti Hari Hartal akan diiktiraf sebagai sebahagian dari episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan dan perjuangan demokrasi rakyat negara ni.
Source:
p/s: 20.10.1947 - I stand to salute and say thanks for the unity that YOU showed. Thanks.
2 tukang kipas:
October 20, 2010 at 9:47 AM
Nice entri..konferm ramai yang tak tahu pasal Hari Hartal nih..
October 20, 2010 at 3:40 PM
Thx bro! Feels like sharing it with u guys and here it is!
Post a Comment