MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Pestabola Merdeka;Malaysia 6 Afghanistan 0

Malaysia temu Myanmar di separuh akhir

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my


PEMAIN Malaysia Hairuddin Omar (kanan), menjaringkan gol keenam menerusi rembatan sekalipun cuba dihalang pemain Afghanistan Bashir Saadar, dalam perlawanan bolasepak Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Hasan Ismail

MALAYSIA mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan A Pestabola Merdeka selepas mudah membelasah Afghanistan 6-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Skuad negara yang merehatkan sembilan pemain utama tetap memulakan perlawanan dengan garang, apabila Zaquan Adha Abdul Radzak bijak mencuri bola daripada kaki lawan pada minit pertama sebelum melakukan larian solo ke kawasan lawan. Namun rembatannya dari sebelah kiri kawasan Afghanistan sedikit tersasar.

Asakan skuad kebangsaan berterusan selepas itu dan Nizaruddin Yusof sepatutnya membuka tirai jaringan pada minit kedua, apabila hantaran silang Zaquan gagal disekat benteng pelawat tetapi tandukan Nizaruddin berjaya ditepis penjaga gol lawan, Shamsuddin Amiri.


Usaha anak buah B Sathianathan untuk menembusi gawang Afghanistan akhirnya berjaya pada minit ke-20, apabila Nizaruddin bijak melakukan tandukan ke belakang kepada Asahaari Samsuddin yang kemudian melepaskan rembatan kaki kiri untuk gol pembukaan negara dan juga gol pertamanya di pentas antarabangsa.


Gawang Afghanistan terus dirobek barisan serangan negara tiga minit sebelum rehat apabila Nizaruddin yang menerima hantaran Zaquan menggelecek Shamsuddin sebelum mudah menyepak bola ke dalam gawang yang sudah tidak terkawal.

Zaquan yang kerap mengancam benteng pelawat pada babak pertama turut meletakkan namanya selaku penjaring sejurus sebelum rehat apabila bijak menyudahkan hantaran tinggi Khyril Muhymeen Zambari dari sebelah kanan kawasan lawan.

Skuad negara kemudian melebarkan jurang gol kepada 4-0 menerusi jaringan kedua Ashaari (m-65), selepas pemain sayap itu bijak menyempurnakan hantaran silang S Subramaniam dari sebelah kiri kawasan lawan dengan melakukan rembatan separa voli.


Aksi permainan menyerang terus diterjemahkan barisan negara apabila Safee Sali yang dimasukan pada babak kedua menanduk masuk gol kelima pada minit ke-85, selepas menyudahkan hantaran silang Khyril sebelum Hairuddin Omar melengkapkan kemenangan meyakinkan dengan jaringan keenam ketika perlawanan berbaki tiga minit.

2 tukang kipas:

  Chuckiesd

October 22, 2008 at 8:36 AM

satu perkembangan yang amat bagus pada bolasepak malaysia...teruskan usaha untuk mengembalikan semangat bolasepak negara...pemain yang cepat putus semangat...biler penonton tengok pemain semangat...penonton jugak semangat nak tengok bolasepak malaysia...

  KeCiK

October 23, 2008 at 12:37 AM

betul betul dan sangat betul..
aku tengok skrg kecoh sgt dgn EPL,La Liga or Serie A..[aku pon sama..]
tapi jangan lupa bola sepak tempatan..sapa lah mereka tanpa sokongan kita...

Related Posts with Thumbnails