MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

What were you doing when your teacher was not in class?

Assalamualaikum. Salam seluruh Malaysia, Salam 1Malaysia, Salam seluruh kaum, Salam sejahtera and Salam SeratusPenulis, to all editors and readers of this belog.

Ok, enough with politicians-style mukadimah. Lets get straight to the point. Gua yakin semua orang pernah mengalami situasi dimana chegu yang patut masuk mengajar tak masuk kelas mungkin atas beberapa sebab;

-Chegu cuti bersalin.
-Chegu lambat masuk.
-Chegu sesat.
-Chegu lupa timetable.
-Chegu memang malas nak masuk kelas.

So apa korang buat bila chegu tak ada dalam kelas?

Biasa bila chegu tak masuk kelas mesti ada chegu ganti. Tapi ada beberapa kes dimana chegu tak masuk kelas. Bagi gua, itu lah masa gua penumbuk ke udara sambil berkata YES dalam hati.

Dalam situasi ini Ketua Darjah yang main peranan. Jika Ketua Darjah itu berkaliber, pasti beliau akan segera bergegas ke office untuk cari guru ganti. Tapi kalau Ketua Darjah tersebut mempunyai mentaliti macam gua...lu olls paham-paham lah. Jika tak ada langsung chegu ganti maka Ketua Darjah akan mengambil inisiatif sendiri seperti mengawal kelas tersebut bersama Penolongnya. Macam biasa Ketua Pelajar dalam kelas akan berdiri di depan, mencari beberapa kesalahan dan menulis nama murid-murid tersebut bersama kesalahannya di papan hitam agar chegu yang masuk selepas itu akan memujinya sendiri kerana mengawal kelas dengan penuh kejujuran. Chegu tersebut mungkin menepuk-nepuk bahu Ketua Darjah tersebut sambil berkata "Well done sonny"

Kesalahan; Bergendang & Menyanyi. LOL. Ketua Darjah yang berkepimpinan autokratik.

Sesetengah murid mungkin membuka buku dan mengulangkaji pelajaran. Sesetengah pelajar mungkin berlakon meletakkan buku di atas meja dan berborak sakan. Sesetengah lagi mungkin tidur sahaja dalam kelas. Gua? Apa gua buat? The answer is bloody-simple. M.A.I.N.

So, dalam kelas yang sempit, penuh dengan kerusi dan meja dan ditutup oleh empat dinding konkrit; apa yang gua boleh main?

Lawan Pemadam

This is my favourite. The rule is bladi-simple, winner takes all. Si-pemenang dapat mengambil pemadam si-kalah. Masa gua sekolah rendah dulu gua ada gadis, nama dia ****. Muka dia memang macam orang German, rambut pendek berwarna perang dan bermata biru. Sampai sekarang gua ingat lagi muka dia. Gua memang rapat dengan dia sebab dia tag team gua dalam game lawan pemadam. Pantang ada masa terluang, gua berlatih lawan pemadam dengan dia sampai ada masa kami berlatih sehingga mencapai mata 200 untuk game point. Tiap kali ada unofficial tournament untuk lawan pemadam mesti kami masuk. Macam biasa, siapa menang dapat ambil pemadam yang kalah. Faveret gua pemadam yang ada gambar bendera dan faveret dia yang ada gambar huruf. Kami siap ada kotak pensel khas hasil kemenangan bersama.

Lawan Kad

Old Maid, Happy Family dan Donkey. Tapi dalam banyak-banyak card gua paling suka main Snap!. Sebab apa? Nak main Snap! kena ada ramai player. Lagi ramai lagi meriah. Bila ramai maka ada lelaki, ada perempuan. Part ni paling gua suka. Tiap kali nak Snap! bila ada card sama mesti tangan gua pergi dulu. So player-player lain yang lambat nak Snap! mesti tangan-tangan mereka atas gua. Secara tak langsung possibility untuk player-player perempuan untuk pegang tangan gua juga tinggi. Dan bila ia berlaku, gua naturally akan buat muka horny sikit. Kui kui kui...Astaghfirullah Al Azim.

Ceper

Gua rasa game ni legend. Mak gua kata main ceper ni dah wujud sejak zaman mak gua di bangku persekolahan. Batu Seremban, Selambut atau Serembat mungkin game untuk golongan hawa so gua rasa ceper is specially designed for boys. Gua masih lagi di ambang misteri bagaimana tradisi bermain ceper dapat diturunkan secara turun temurun dengan jayanya. Pinpoint accuracy. Careful. Ultraprecise. Siapa ada skill-skill ni boleh jadi serious contender untuk main ceper. Player sejati tiap kali ada tournament mesti ada set ceper dia sendiri, custom made lagi tu. Cat sendiri pakai kaler water jenama yang ada gambar panda tu. Satu yang gua suka main game ceper dia still ada lagi bau kokakola. Pergh.

Lawan Titik Titik

Gua tak suggest game ni kat budak-budak sebab game ni menyalahgunakan buku latihan matematik. Tapi gua tak nafikan tahap keseronokan lawan titik umpama kanak-kanak 10 tahun yang asyik bermain PSP. Dulu gua ada dua buku khas selain untuk academic purpose. Satu buku untuk gua conteng-conteng dan satu lagi buku untuk main menatang ni lah. Player hanya dua orang sahaja. Menang kalah tak dapat apa-apa cuma maruah sebagai player agung titik titik saja dipertaruhkan. Gua rasa main chess pon tak susah macam ni. Selagi ada ruang untuk letak titik, selagi tu lah gua takkan mengalah. Kadang-kadang gua terpaksa main cheat. Bak kata peng-gusti terkenal, Eddie Guerrero; "Win To Cheat". Kalau pihak lawan leka atau terpandang tempat lain, gua dengan laju akan letak extra titik sebagai langkah untuk menang.

Banyak lagi game gua nak kongsi dengan lu olls. Gua belum lagi open game Bola Tekan, Mini-Ragbi, Empayar, Pepsi Cola, Main Nombor, Gunting-Batu-Kain (yang pakai dua belah tangan) dan macam-macam lagi. Ada masa gua akan kongsi dengan lu olls dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai game-game nih. Till then. Adieu. Assalamualaikum.

Maaf sekiranya entri ini bukan entri ilmiah. Secara ilmiahnya gua lemah dan disadvantage.

p/s: Fuken hell, friendly pon tiket sampai rm20 ?

3 tukang kipas:

  Long-K

February 9, 2011 at 4:29 PM

keCik,
ag 1 "chegu mesyuarat"
So main nyorok2,,
sek.men: Tdo kt surau=)
cun2

  Aida Ismail

February 21, 2011 at 1:56 AM

lawan pemadam tu memang selalu buat. haha. tapi masa sekolah rendah dulu laa. =D

  KeCiK

February 21, 2011 at 10:02 PM

Along@ Aaaa! Chegu mesyuarat! pastu ada pengawas masuk tlg jaga kelas kan? ada la senior pengawas ni suka suki suruh kitorang tekan tubi sebab bising. Hampes.

Cikda@ Told ya, the kids from 80's and 90's are known for their mastery skill in lawan pemadam!

Related Posts with Thumbnails