MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

The Awesomeness of Jumaatday

الجمعة --- Friday --- Jumaat.

Why Jumaatday is so fuken awesome?

When I was a school kid, I just love Jumaatday. Kalau sekolah pagi, boleh balik awal, as early as 12.00PM. Kalau petang boleh masuk lambat, as late as 2.00PM. Hari biasa gua balik naik bas awam, sekali naik 50sen. Ada rezeki dapat tempat duduk sebelah awek. Takde rezeki kadang-kadang berdiri kat tangga bas sambil kepala terjulur keluar juga gua relakan. Dah macam konduktor bas pon ada gua rasa. Tapi Jumaatday memang wicked. Abah gua tak larat dengar alasan gua penat berdiri dalam bas semata-mata untuk ponteng solat Jumaat. So abah ambik inisiatif ambik gua selepas sekolah setiap Jumaatday. Osem.

Jumaatday waktu persekolahannya singkat dan pendek. Bila waktu persekolahan pendek, secara matematiknya waktu belajar kurang. Bila waktu belajar kurang, mata pelajaran untuk hari tu juga kurang. Bila mata pelajaran kurang, buku yang perlu di bawa juga kurang. Bila buku kurang maka ringan lah beg gua pada hari tu. Yeah, I am a genius.

Bila Jumaatday menjelma, menu kantin sekolah tak macam biasa. Nasi ayam FTW. Masa sekolah rendah gua dapat RMT, so setiap Jumaatday mesti dapat air susu kotak perasa cekelat. Berbeza sekali dengan menu tipikal nasi lemak, nasi goreng dan air sirap.

Jumaatday kena pakai baju melayu. Indirectly, all students must wear uniform yang sama termasuk pengawas. Apa yang lain? Kasut hitam. Gua dulu pustakawan. Uniform pustakawan gua kaler hijau macam Green Hornet dan berkasut hitam. So uniform gua macam pengawas. Setiap Jumaatday, gua dapat masuk kelas lambat lepas rehat. Boleh relek-relek, tenang-tenang walaupun loceng tamat rehat telah berkumandang.

Jumaatday adalah hari spesel. Penghulu segala hari dalam Islam. Sebagai lelaki muslim, ianya wajib ditunaikan secara berjemaah. Masa sekolah rendah inilah moment yang paling gua tunggu. Imam berkhutbah di depan, gua dan rakan-rakan seperjuangan bersilat di belakang. Penat bersilat digantikan pula dengan sesi pepsi cola.
Gua mula serius solat Jumaat bila sekolah menengah. By then, gua dah agak serius dalam bab-bab ni sebab dah baligh. Tapi nama pon remaja, sifat mesti-mahu-main masih ada walaupun sedikit. Gua suka cari port yang boleh sandar, kat tembok mahupun tiang masjid. Itu masa gua muda remaja, sekarang gua dah insaf.

Perhimpunan pada Jumaatday lagi awesome dibandingkan dengan perhimpunan hari Isnin ataupun Rabu. Isnin paling tak best sebab itu hari rasmi. Official day. Semua kena pakai kemas. Tanda nama, tali lahir, lencana bagai kena ada. Kalau tak ada lu mesti kena tahan masa spot check. Kena nyanyi lagu sekolah. Kena nyanyi lagu negeri. Kena nyanyi lagu Negaraku. Kena baca ikrar. Semua kena buat dengan BERDIRI. Hari Rabu not bad sebab hari tu kira English Day. Time ni gua blur sebab sepatah haram gua tak faham. Perhimpunan Jumaatday adalah faveret gua. No nonsense. Bla bla bla and another bla terus setel. Masuk kelas. Heaven.

Masa gua jadi muallim dulu gua juga suka Jumaatday. Seawal jam 7-9 pagi muallim-muallim yang otai akan lead untuk bacaan Al-Mathurat. Then bila habis, muallim dan muallimah akan ada group pelajar dia sendiri untuk sesi usrah. Gua juga ada group sendiri. Beberapa minit pertama memang gua cuba bagi usrah yang terbaik, ikut syllabus. Biasa bab-bab fekah, sirah atau akhlak akan jadi topik utama usrah. Untuk seawal 10 minit memang masih lagi dalam topik, tapi gua secara tak sengaja akan ter-bincang topik lain. Gua suka tanya budak soalan bukan-bukan.
 

"Pagi tadi sapa tak semayang subuh!?"
"Sapa sini tak mandi pagi?"
"Dalam banyak-banyak team EPL, team mana paling terer?"
"Siapa tengok cerita ***** malam tadi?"
"Agak-agak Naruto dengan Ben10 sapa lagi kuat?"

Dan kami terus bersembang sehingga mudir bagi hand-signal kat muallim dan muallimah untuk stop dan masuk kelas. Sedar-sedar dah nak waktu rehat. Heaven gua rasa, tak payah susah-susah buat lesson plan. Gua kadang-kadang rasa bersalah tapi at least sesi usrah gua mengeratkan hubungan silaturahim. Bila lagi nak sembang dengan anak-anak kecil secara santai dan non-konvensional. Gua memang rapat dengan budak-budak sebab gua juga seorang dewasa yang kebudak-budakan. Mana ada dewasa yang sanggup turun padang main bola dalam hujan dengan budak-budak seusia 9-10 tahun. Mana ada orang dewasa yang sanggup berkongsi cheat dengan budak-budak untuk game Warcraft. Mana ada dewasa yang ber-jam tangan jenama Casio bertali-kan gambar kartun Ben10.

Masih lagi dalam skop semayang Jumaat. Bila dah dewasa gua mula sedar ke arah yang lebih positip. Gua bukan lagi manusia pathetic yang suka datang lambat tatkala azan untuk solat Jumaat berkumandang. Ada rezeki gua dapat jumpa member-member lama yang se-per-sekolah-an. Ada yang dah kerja, dah kahwin, dah ke luar negara sambung belajar dan ada juga yang dah berubah. Dulu mat skinhead sekarang dah berserban. Seronok dan nikmat rasanya berjumpa, bersalaman dan bertepuk tampar dengan kenalan lama.

Last but not least, lepas solat Jumaat mesti ada pisang. Menu yang paling kool gila ialah dadih FREE. Gua segan nak belasah itu semua sebelum semayang so awal-awal gua dah kowtim dengan ex-student gua.

"Nanti yang ni simpankan muallim satu, perasa milo ye"
"Ok muallim, nanti petang main bola tau!"

Friday, I'm in love.

p/s: Hari ni hari Jumaat. Siang tadi lu olls dah potong kuku ke belum?

*Some of the dialogues are used to stimulate fun. Don't take it too serious. Chill.

:)

3 tukang kipas:

  Selipar Putus

January 15, 2011 at 2:08 AM

uitss kecik..
lame x jenguk lu..huhu
beta ciap p0t0ng kuku kuceng ag tadi taw..

  cEritA kU

January 17, 2011 at 3:17 AM

aku pun dah lama tak jenguk ko kat sini...byk tul ko membebel..kedang aku rasa best.selalu nyer aku x sempat nak baca..hahahaha....jgn marah kecik ;p

  Selipar Putus

January 18, 2011 at 2:14 AM

Hakhak.. tacing ah camni.. T_T

Aku taw kO sebOk dOk fight ngan raksasa an.. kO an OtOmen yang bertauliah~ ;p

*tapi die pilih klcc dOwh!* (tibe-tibe)

Related Posts with Thumbnails