MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Pestabola Merdeka update !!! Final

Penalti musnah impian Sathia

Oleh Ahmad Khawari Isa dan Mohd Fadzrie Hazis
bhsukan@bharian.com.my

Hadiah Deepavali tak jadi kenyataan, Malaysia gagal pertahan gelaran

UJIAN getir sulung dijelmakan Vietnam menenggelamkan skuad negara yang dipaksa akur kecundang menerusi penentuan sepakan penalti untuk meleraikan rangkulan gelaran Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, malam tadi.

Selepas mudah melepasi halangan satu persatu - daripada peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir - kesebelasan negara langsung tidak menjumpai kunci buat meruntuhkan tembok lawan sepanjang 120 minit yang berakhir tanpa jaringan sebelum ditumpaskan 5-6 menerusi penentuan penalti sudden death itu.

Di awal saingan, gawang Vietnam sudahpun bergegar selepas hanya enam minit apabila Indraputra Mahayuddin meluru untuk merembat deras ke sasaran umpanan lolos Shukor Adan. Sayangnya, Indra dipersalahkan kerana ofsaid untuk Vietnam bernafas lega.

Selepas itu, majoriti aksi 45 minit awal menyaksikan skuad negara mendominasi asakan, tetapi sentuhan penyudah dicari tidak menjelma, ketika Safee Sali, Indra dan rakan lainnya dipaksa menggigit jari.

Antara peluang menarik negara termasuklah tandukan Shukor pada minit ke-27 yang sempat didakap penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong serta cubaan sama Safee daripada umpanan Indra seminit kemudiannya, sipi daripada sasaran.


Safee kemudiannya beroleh dua lagi peluang menarik, pada minit ke-33 dan ke-44, tetapi kedua-duanya dihampakan barisan benteng lawan yang berhempas pulas untuk memastikan kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan suasana saingan lebih agresif, ketika Vietnam memilih untuk kental menyerap segala asakan dan lebih bergantung kepada kepantasan Phan Thanh Binh untuk mengancam menerusi gerak serang balas pantas yang sesekali menggamamkan benteng negara.

Namun gol dinanti tetap tidak menjelma untuk pencarian diteruskan ke masa tambahan yang juga berakhir tanpa pemecah kebuntuan ketika Vietnam lebih mencipta gelisah skuad negara dengan beberapa gerak yang menjelmakan rasa bimbang.

Penentuan sepakan penalti bermula dengan semua lima pemain negara - Indra, Safee, Aidil Zafuan Radzak, Ashaari Samsuddin dan Daudsu Jamaluddin menyempurnakan sepakan ketika lima pemain Vietnam juga tidak menghampakan.

Namun rembatan deras Norhafiz Zamani Misbah pada permulaan penalti sudden death ditampan Tan Truong untuk pemain gantian, Mai Tien Thanh mudah memperdaya Helmi Eliza Elias buat mencipta gegak gempita sorakan lebih 5,000 penyokong Vietnam.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails