Keajaiban bangkit dari ketinggalan 0-2 di tangan City sebelum ini kembali diulangi ke atas Wigan yang mendahului sebanyak dua kali tetapi kemenangan tetap menjadi milik Liverpool.
Bagaimanapun Liverpool yang sinonim dengan kebangkitan mereka pada separuh masa kedua menjadi kenyataan setelah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke -80 sebelum Kuyt memberi kemenangan kepada Liverpool 5 minit selepas itu.
Analisis saingan liga musim ini menunjukkan Liverpool tidak pernah mendahului pada separuh masa pertama dan hanya dua jaringan pernah dihasilkan Liverpool pada separuh masa pertama sepanjang musim ini iaitu ketika bertemu Man United dan Wigan. Kedua – dua jaringan itu turut menunjukkan ianya terhasil setelah pasukan lawan mendahului mereka.
Selain itu, analisis liga turut menunjukkan purata jaringan pertama Liverpool yang terhasil adalah pada minit ke-75 manakala purata jaringan pertama dibolosi adalah pada minit ke – 28. Daripada analisa tersebut terdapat dua persepsi yang boleh dirumuskan iaitu pemain Liverpool memerlukan tekanan untuk bermain dengan lebih baik atau Benitez mempunyai kehebatan membaca corak lawan pada separuh masa pertama.
0 tukang kipas:
Post a Comment