Mungkin ada yang tak tahu mana satu masjid al-Aqsa
“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.
Masjid Al-Aqsa merupakan masjid suci umat Islam yang juga menjadi kiblat kedua Umat Islam.Ianya menjadi rebutan di antara umat Islam palestin dengan rejim Israel sekian lama.
Tetapi ramai umat Islam ditipu hidup-hidup, dikelirukan oleh Israel dengan sistem propaganda mereka.
Mereka memomokkan sebuah bangunan dengan kubah emas yang kelihatan menarik sebagai Masjid Al-Aqsa!!
Israel telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar. Ramai yang tidak tahu kerja-kerja penggalian di bawah Masjid al-Aqsa sedang dijalankan Israel kononnya untuk mencari istana Nabi Sulaiman a.s. Ini akan melemahkan struktur masjid al-Aqsa. Rujuk: harakahdaily
Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di yahoo image, google image atau mana-mana pencari image internet, gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa.
Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah emas ini adalah masjid Al-Aqsa.
Sebenarnya bangunan yang berkubah emas ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa.
Maklumat mengenainya ada di wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Dome_of_the_Rock
bersama artikel di wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Aqsa_Mosque
http://akhiezam.blogspot.com/
Lawatan Mahabbah Ke SRI Hidayah JB
-
Pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 yang lepas, seramai 40 orang guru dan
kakitangan SRI As-Sa'idiyyah telah melakukan Lawatan Mahabbah ke SRI
Hidayah Johor B...
0 tukang kipas:
Post a Comment