MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Rahsia Waktu-Waktu Solat


CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga

alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini

yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena

perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam

bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang

bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi

warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan

komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara

berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini

kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku

dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata

lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan

solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada

tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada

waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat

tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna

kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan

frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini

mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan

atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di

perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana

spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan

testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang

yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau

di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan

lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Wink

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap

dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum

warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna

jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka

yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat

Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini

yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah

keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa

kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana

frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan

Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan

dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur

delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam,

alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana

ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil

Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini

sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya

bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat

Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa

perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini

seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas

sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini

amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat

cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...


Wallahualam..

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails