MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Dulu & Now

This cheap comparison is made based on a method called effort-less-observation during his life as a kanak-kanak who knows nothing about life. Children my days vs Children nowadays.

Children my days.
Gi sekolah dapat duit poket around 70sen. Paling tinggi rm1 sebab 'kononnya' ada kelas tambahan.

Penggemar jam Boy London dan juga jam digital yang ada kalkulator, janji boleh tekan-tekan. Dulu pernah ada jam tangan KFC yang mempunyai bentuk fizikal kereta kebal yang boleh memancarkan laser. Kaler hijau kalau tak salah.

Jam boleh tukar kaler bila sejuk/panas. Magik.

Petang-petang kami mesti main bola. Kadang-kadang ikut musim, guli-layang2-kondakondi-gasing-galah panjang-polis sentri-baling selipar. Kami bukan delicate boys yang main masak-masak ataupun main kawin-kawin.

Paling terer sambut sebelah tangan, satu team mati. Heh.
Dam ular, dam aji, karom, main ceper. Paling up game tetris yang boleh beli kat pasar malam. Siapa yang cukup kaya time tu ada game MicroGenius. Game kaset yang sangat terkenal dengan game Kontra, Pacman, Motocross (yg bole buat trek sendiri) mahupun RoadFighter (kalau laju leh fight dengan Superman yg lalu kat tepi).

Handle it with care. Sekarang mana nak cari.
Game ni dah 300x aku khatam dengan abg aku
Maghrib aku pernah burn sebab layan game ni. Sekarang dah insaf.

Sanggup bangun seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu & Ahad semata-mata ingin melihat kartun Dragon Ball. The likes of Joe Jambul, Sesame Street, Slam Dunk, Captain Planet, Cybercop etc were just too awesome to be missed.

Kami main beskal instead of motorcycle. Rim cat sendiri. Seat ngan handle bar juga kami ejas sendiri. Fork stand pasang depan belakang so that nanti boleh buat trick macam Mat Hoffman dalam X-Games. Dapat buat trick tail-whip dah kira OMG.

Dulu kami ada pen-pal. Pakai surat je. Setem 30sen dah boleh hantar surat ke Sabah, Sarawak, Florida mahupun German. Emel? Apa tu? Disket size 3.14MB tau lah. Baru masuk game Mario dah full.

Petang-petang nak main apa-apa terus je datang rumah member.
"Assalamualaikum...Assalamualaikum....mak cik, Mamat ada kat rumah tak? Nak ajak main bola lah. Budak taman lain ajak lawan bola..."
"Kejap ye nak, nanti mak cik panggilkan..."

5 minutes later...

"Dia cakap pergi dulu, dia baru bangun tidur..."
"Tengkiu mak cik, cakap kat dia saya tunggu kat padang..."

p/s: Cilaka ko Mat, semalam sembang kencang nak main awal.

Kami kat sekolah;
"Cikgu, malu lah duduk sebelah perempuan..geli !"
"Kamu bising sangat, sebab tu cikgu bagi kamu duduk sebelah perempuan. Bising lah lagi"
Dah la tak hensem, blushing lak tu. :)

Masa sekolah paling suka bila cikgu tak datang, then bila cikgu relief masuk, "Ok kids, masing-masing buat kerja sendiri ok"

Super!

Masa sekolah paling tak suka bila Cikgu PJK cakap, "Masa dah takde, so hari ni kita duduk dalam kelas je"

Dem!

Children nowadays.
Gi sekolah dapat duit poket around rm3. Paling tinggi rm5 sebab hari Jumaat kantin ada jual nasi ayam.

Jam tangan lagi besar lagi bagus. Kaler biar kontra dengan kulit. Dari jauh dah boleh nampak nombor.

Petang-petang kami lebih suka hang-out dengan aweks-aweks. Penat lah main bola, balik malas nak mandi. Malu lah nak main layang-layang. Nanti aweks-aweks gelak.

PSP, PlayStation 3, GameBoy. Paling up kami main iPhone tak pun Blackberry yang papa dan mama belikan. Boleh show-off kat kengkawan.

Gila mahal.
Pon gila mahal jugak.
Siapa takde Fesbuk or Mespes malu lah. Yang suka amik gambar sendiri, buat-buat muka kiut. Then upload so that their friends can comment on it.

Masa mengajar dulu budak-budak main air kat belakang, siap ada ABM diorang sendiri, BALDI dengan MOP. Time tu gua memang nak cakap WTF. Tapi gua sabar sebab yang kat budak-budak yang duduk depan dah redi nak belajar something dari gua.

Lu rasa sempoi tak gua kaler muka gua macam ni?

Petang-petang nak hang-out terus je ambik henset Nokia E-brapa ntah. SMS je, call tak cukup credit.
"Wei, ptg ni jd x kt lpak?"
"Jd bro,aq dh ckp kt bpk aq yg aq nk pki moto"
"Lu bwk moto ap? ex5 gua xjd g"
"Chill lah,gua bwk CBR Honda lah,abg gua br blk U,dia cuti sem"
"Cayalah, mcm ni br awek pndg"
"Papehal wa mc lu"
"Orite!"

p/s: Cantik, petang ni leh show-off lagi.

Kat sekolah;
"Wei, semlm aku selamba je letak tangan kat bahu dia, dia xmrh pon"
"Perrgghhh..terer la lu Kassim, wa respek la sama lu"

Budak laki kalau lepak dengan budak laki dituduh gay, budak laki yang lepak dengan budak perempuan dipandang tinggi.

p/s: Sorry for the certain words used in this cheap entry. I intentionally did it to stimulate fun. Not more than that. TQ.

p/s yang last: Still remember one of these incidents? Which one occured on you? Thanks for reading, peace, Slamat Hari Raya and Assalamualaikum!

p/s yang betul2 last: Dah2...takde apa-apa dah.

3 tukang kipas:

  Clarky Afif

September 13, 2010 at 4:51 PM

kecik suke main bola. hari-hari kecik main bola.

holla happy eid!

salam kenal dr clarky di texas
(=.=')

  kusut

September 13, 2010 at 5:30 PM

micro genius!
mase kecik2 kene share main contra dgn abang2 pastu bile abis turn/mati komplen kat mak kata abang buli. ahahaha

  KeCiK

September 13, 2010 at 6:12 PM

Clarky: Wow, TeXaS ! Salam raya dari Sulu plak! Yup, hari-hari, day by day gua main bola.

Kusut: yeah, main kontra siap berebut nak pilih item yg dpt spread fire gila babi. sungguh awesome!

Related Posts with Thumbnails