MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

NS tekad benam Kelantan lagi

Keupayaan tewaskan The Red Warriors pada saingan liga suntik keyakinan


KEUPAYAAN menundukkan Kelantan pada saingan Liga Super minggu lalu, menyuntik keyakinan Negeri Sembilan untuk mengulangi keputusan sama apabila berdepan lawan sama di separuh akhir Piala FA di Kota Bharu, malam ini.

Namun jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, mengakui skuad bimbingannya bakal berhadapan tugas mencabar kerana menjangkakan Kelantan akan memberi tentangan hebat bagi mempertahankan maruah mereka selepas mengalami kekalahan tempoh hari.

"Saya pasti Kelantan tidak akan memberi ruang buat kami, lebih-lebih lagi saingan kali ini lebih besar ertinya yang bakal menentukan pasukan mana yang berjaya melangkah ke saingan kemuncak nanti.

FIRDAUS (dua dari kanan) yang menyumbang dua gol ketika bertemu Kuala Muda Naza, Sabtu lalu, diyakini mampu menggalas tugas Zaquan sekiranya penyerang utama itu tidak dapat beraksi.


"Pemain saya sudah diingatkan supaya tidak terperangkap dengan strategi lawan dan mereka juga tidak boleh terlalu yakin hanya dengan kemenangan lalu," katanya.

Sebaliknya, Wan Jamak mahu anak buahnya memperkukuhkan kekuatan mental sambil memberikan komitmen tinggi sepanjang perlawanan dalam usaha memastikan kemenangan bagi mencari bekalan selesa sebelum bertemu dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri.

"Saya berharap kami dapat modal yang baik sebaik tamat perlawanan walaupun cabaran yang bakal dihadapi bukan mudah," katanya yang berharap penyokong tuan rumah lebih berdisiplin bagi menjamin persembahan yang menarik.

Mengenai barisan yang akan diturunkan malam nanti, Wan Jamak berkata semua pemain utama cergas sepenuhnya kecuali khidmat Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, yang belum dapat dipastikan.

Menurutnya, penyerang utama itu tidak sihat namun ia tidak menjejaskan persiapan pasukan, sebaliknya penyerang muda Mohd Firdaus Azizul, yang menyumbang dua gol ketika mengatasi Kuala Muda Naza, Sabtu lalu, diyakini mampu menggalas tugas itu sekali pun masih dalam proses pembelajaran.

"Hakikatnya pemain sudah bersedia untuk menggalas tugas dengan baik dan kita yakin mampu mengulangi kemenangan yang dicapai sebelum ini," katanya.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails