MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Pestabola Merdeka update !!!

Sathia bimbang penyokong lawan lebih ramai

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

KEHADIRAN ramai peminat bola sepak Myanmar di Pestabola Merdeka kini mula menerbitkan rasa gerun buat B Sathianathan yang kian gelisah andai bilangan penyokong lawan melebihi penyokong tempatan menjelang saingan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Justeru, jurulatih skuad negara itu amat berharap suasana seperti pertemuan dengan Chelsea pada Julai lalu tidak berulang, di mana sebahagian besar peminat tempatan lebih banyak memberi sokongan kepada kelab Inggeris itu berbanding pasukan negara sendiri.

Bagi Sathia, inilah masanya buat peminat tempatan mengalihkan semula sokongan terhadap skuad kebangsaan yang dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi, tahun lalu.

"Ia tidak baik sebenarnya apabila sebahagian besar peminat yang datang menyaksikan perlawanan terdiri daripada penyokong lawan, kerana kami beraksi di tempat sendiri dan pemain turut memerlukan sokongan peminat.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails