MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Malaysia jumpa Vietnam di final

Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my

Anak buah Sathia gegar Myanmar; Sierra Leone kecundang penentuan penalti

MALAYSIA mempamerkan satu lagi aksi garang di halaman sendiri untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas membelasah Myanmar 4-0 pada saingan separuh akhir di hadapan 10,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaik wisel mula dibunyikan, tuan rumah mengasak dengan Indra Putra Mahayuddin menghadirkan ancaman seawal minit pertama apabila berjaya meloloskan diri di sebelah kanan benteng lawan. Namun, rembatannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Nyi Nyi Lwin dan Safee Sali gagal menyudahkan tindakan susulan daripada percubaan itu.

Tersentak, Myanmar mula meningkatkan tempo permainan menguji benteng Malaysia pada minit ke-10 apabila hantaran silang Pai Soe dari sebelah kanan gagal disekat benteng skuad negara, tetapi bernasib baik tandukan Soo Myat Min tidak menemui sasaran.

Skuad negara kemudian mula mengawal kembali bahagian tengah selepas itu dan beberapa peluang terus menyusul. Amirulhadi Zainal memiliki peluang meledakkan jaringan pertama negara pada minit ke-22 selepas menerima umpanan Safee, tetapi rembatan pemain sayap itu dari sebelah kiri kawasan Myanmar sedikit tersasar.

Kegagalan rangkaian serangan diterajui Safee dan Zaquan Adha Abdul Radzak bagaimana pun berjaya ditebus Indra, apabila sepakan percuma yang diambil dari jarak 25 meter terus menerjah jaring untuk gol pembukaan minit ke-26.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails