MY FEARLESS IDIOTS. MY FANTASMAGORICAL SIDEKICKS. MY ATROCIOUS PUAKA'S.

SeratusWriters

Akmal Rizal ke KM-Naza

Oleh Shukri Matt Ali
bhsukan@bharian.com.my

AKMAL Rizal Ahmad Rakhli, 27, akhirnya menemui pasukan yang bakal menggunakan khidmat berbisanya sebagai penyerang dalam kempen Liga Malaysia musim baru apabila mengikat kontrak dengan juara Liga Perdana, Kuala Muda-Naza (KM-Naza), semalam.

Pemain berasal dari Jitra, Kedah itu diikat majikan baru itu untuk tempoh satu musim liga bagi memantapkan jentera serangan kelab syarikat automotif yang masih memerlukan pemain yang dapat meledak gol lawan di posisi penyerang.

Pengurus pasukan KM-Naza, Ami Nuddin Abd Ma Ati, berkata khidmat pemain yang berpengalaman itu boleh membantu skuad itu menyaingi pasukan elit lain apabila bersaing dalam kancah Liga Super, musim depan.

“Kami memerlukan sentuhan berbisa seperti dimiliki Akmal Rizal dan gandingannya dengan beberapa bekas pemain negara dalam skuad kami diharap dapat membuahkan hasil bermakna,” katanya.

0 tukang kipas:

Related Posts with Thumbnails